Tarikh akhir dikemaskini: 05hb Mac 2010

 
 
Utama
Profil
Produk
Testimoni
Galeri

Buku-buku ini bukanlah buku-buku cerita biasa. Hampir keseluruhan medium yang digunakan bagi setiap perkataan dan ungkapan adalah dengan menggunakan nombor. Disebut secara Mokhdar, nombor-nombor ini berbunyi seperti perkataan biasa (dalam bahasa apa jua sama ada bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Hokien, Kek, Mandarin, Tamil, Siam, Arab dsb). Di tahap awal, pembaca membaca buku-buku ini secara bertatih-tatih, sambil merujuk kepada kaedah sebutan angka dan simbol dalam sebutan Mokhdar. Setelah pembaca sampai ke muka surat kedua dan ketiga, pembacaan semakin lancar.

Bila pembaca sampai ke muka-muka surat akhir, pembaca mulai merasakan yang nombor-nombor telefon, input-input dalam bentuk angka dan simbol, rumus, langkah kerja penyelesaian masalah dalam bentuk angka dan simbol, nombor kereta, nombor kad pengenalan, tarikh sejarah, tinggi gunung, jumlah cek yang ditandatangani minggu lepas, tarikh dan waktu pertemuan, malah sebut apa sahaja, jadi begitu menceriakan dan amat mudah diingat. Pembaca juga akan mengalami lonjakan memori bagi perkara-perkara lain seperti istilah, nama watak, istilah saintifik dan sebagainya. Bila pembaca dapat membaca buku-buku ini selancar membaca buku-buku biasa (dalam bahasa yang menjadi bahasa kelaziman pembaca) , pembaca akan mendapati yang nombor sepanjang nombor kad pengenalan (12 digit) boleh diingat hanya dengan diimbas pandang menggunakan masa kurang daripada 0.5 saat!. Di ketika ini pembaca (seawal usia lima tahun) akan mendapati yang fakta darab asas (darab sifar ke darab 11) boleh dikuasai secara mantap dalam masa kurang dari setengah jam.

Sediakan soalan dua digit didarab satu digit sebanyak 500 soalan dan gunakan sebutan Mokhdar untuk menyelesaikan masalah ini. Pada mulanya pembaca merangkak dan bertatih menyelesaikan masalah-masalah mudah tersebut (paksa minda menggunakan sebutan Mokhdar), Bila sampai soalan yang ke seratus, pembaca mulai lancar dan mencapai kelajuan yang jauh lebih laju. Bila menghampiri soalan yang ke lima ratus, pembaca akan mendapati bahawa mendarab dua digit dengan satu digit adalah antara sepuluh ke dua puluh kali lebih pantas daripada menggunakan kalkulator.

Otak pembaca juga semakin ter‘format’ dengan sebutan Mokhdar. Semakin tangkas otak pembaca dalam menguruskan input-input mathematical, semakin melonjaklah kemampuan pembaca dalam mengurus, mengolah dan memahami apa yang dipelajari dalam subjek-subjek matematik dan sains.

Dapatkan buku-buku ini sekarang juga dan rekemenkan ia kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.



Paparan Terbaik Melalui: Goggle Chrome | Resolusi: 1024 x 768 | Jumlah Pelawat: | Sejak 6 September 2009



Notis Hak Cipta | Penafian

Fyvoeight Resources, No 23 & 25, Jalan Pusat BCH 1/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor | Tel: 03-67334405; 03-67334406; 0367334830; 0367334831; 0367334832; 019-2605162; 017-6521730 Fax: 03-67334402 | e-mail: sokongan@mokhdar.com