BENGKEL
/ KEM LAPAN HARI MELAHIRKAN GENIUS MATEMATIK, SAINS DAN TEKNOLOGI
UNTUK ANAK/JAGAAN/MURID/DIRI
(terbuka kepada peserta 5 tahun ke 60 tahun)
Testimoni kejayaan individu yang menggunakan dan mengikuti program kaedah Mokhdar. Sila baca semua testimoni termasuk yang tersimpan dalam older posts (klik 'older posts') di penghujung artikel. |
|
Kisah suka duka perjuangan Mokhtar Hj Mansor memperjuangkan keyakinannya yang telah melahirkan kaedah Mokhdar dan juga memperjuangkan kaedah Mokhdar bagi membantu melahirkan masyarakat paling pintar di dunia dalam bidang matematik, sains dan teknologi. |
Kami menjalankan program ini secara tetap dan pada setiap cuti sekolah
di ibu pejabat kami di No 23 & 25 (Gr to 2nd Floor), Jalan Pusat
BCH 1/3, Bandar Country Homes, Rawang. Di samping itu kami juga
membawa program ini ke tempat-tempat lain sama ada atas inisiatif
kami sendiri atau atas anjuran atau jemputan penganjur atau penaja
tempatan. Mana-mana pihak yang berminat untuk melonjakkan pencapaian
pelajar di kawasan mereka, sama ada pihak tersebut ialah pejabat
pendidikan negeri atau daerah, sekolah, PIBG, wakil rakyat, kelab
pekerja, pertubuhan politik atau sosial, orang persaorangan atau
dermawan, pihak berkenaan bolehlah menghubungi kami untuk menjemput
kami bagi mengendalikan program berkenaan.
Kepada ibu bapa dan penjaga yang mahu melonjakkan pencapaian anak
mereka di dalam pengurusan pembelajaran matematik, sains dan semua
bidang ilmu, jangan berlenggah untuk menghantar anak/diri/jagaan
mengikuti program ini di tempat kami dan mereka akan menghabiskan
masa selama lapan hari bersama kami dan akan keluar sebagai orang
yang mempunyai minda baru yang mengalami lonjakan luar biasa di
dalam pengurusan input-input matematik dan sains, tak kira walau
apa pun usia mereka (paling viable untuk mengikuti program bersama
kami ialah pelajar pra-sekolah, sekolah rendah, menengah, pra-universiti
dan universiti dan seterusnya ibu bapa, guru dan pekerja), dan tak
kira walau apa pun tahap IQ, EQ dan disiplin mereka.
Tujuan dijalankan bengkel ini ialah untuk mengoptimumkan kemampuan
dan kecerdasan minda peserta di dalam menangani input-input mathematical
yang menjadi antara teras penting di dalam pembelajaran semua cabang
matematik (termasuk statistik, perakaunan dsb) dan semua cabang
sains (selain dari fizik, kimia dan biologi, termasuk sains kejuruteraan,
architechtural, sejarah, undang-undang, geografi, ekonomi, sosial,
politik, agama dsb). Kemampuan ini akan diperoleh setelah kaedah
Mokhdar disebatikan secukupnya sebagai 'configuration language'
dalam minda peserta menerusi bengkel lapan hari ini. Bagi ibu bapa
dan guru pula, sasaran bagi penyertaan diri di dalam bengkel ini
ialah untuk menjadi pemangkin perkembangan anak-anak menerusi pendedahan
berterusan terhadap penggunaan kaedah Mokhdar di rumah, di bilik
darjah atau di sekolah.
Di antara kesan yang dapat dilihat dalam masa yang amat pantas ialah,
selepas kaedah Mokhdar diprogram secukupnya menjadi programming
language bagi minda peserta menerusi program lapan hari ini, fakta-fakta
yang dianggap rumit dan kompleks seperti berikut boleh diingat hanya
dengan beberapa kali pandang tanpa perlu dihafal secara yang membebankan
minda sama sekali walaupun oleh adik kecil berusia lima atau enam
tahun:
Fakta tentang planet-planet dalam sistem suria
Nama planet |
Jarak dengan matahari |
Panjang diameter |
Jumlah bulan |
Utarid |
57.9 juta km |
4878 km |
0 |
Zuhrah |
108.2 juta km |
12100 km |
0 |
Bumi |
149.6 juta km |
12757 km |
1 |
Marikh |
227.9 juta km |
6786 km |
2 |
Musytari |
778.3 juta km |
142800 km |
16 |
Zuhal |
1427 juta km |
120000 km |
17 |
Uranus |
2870 juta km |
50800 km |
15 |
Neptun |
4497 juta km |
46700 km |
8 |
Pluto |
5900 juta km |
2300 km |
1 |
Rumus-rumus matematik yang panjang seperti berikut:

Jadual seperti berikut yang bagi ramai pelajar, amat sukar untuk diingat (pelbagai jenis garam serta ion positif dan ion negatif masing-masing)

Bagi pelajar dalam menengah atas, pra-universiti dan universiti, keseluruhan kandungan jadual kala (periodic table) seperti berikut boleh diingat secara berkesan dengan tumpuan masa lebih kurang dua jam sahaja (orang lain mungkin mengambil masa berminggu, berbulan malah bertahun untuk menghafalnya):

Fakta sejarah seperti berikut:
Darurat telah diisytiharkan pada 18hb Dis 1948 ekoran daripada
keganasan komunis yang menjadi-jadi dan memuncak dengan peristiwa
serangan dan pembunuhan ke atas seorang pengurus ladang berbangsa
British di Chemor pada 6hb Dis 1948 diikuti dengan pembunuhan
ke atas dua orang lagi di Sungai Siput pada 12hb Dis 1948. |
Setelah minda peserta di 'program'kan secukupnya dengan kaedah Mokhdar, kesan berikut akan dapat dilihat serta-merta:
Nota:
Kalaulah adik-adik kecil di pra-sekolah dan tahap satu sekolah rendah
mampu mengingat fakta-fakta seperti dalam contoh tersebut di atas
secara bersahaja dan tanpa membebankan minda mereka malah menghiburkan
pula ketika melakukan aktiviti sedemikian, serta fakta yang disimpan
tersebut boleh dingat untuk suatu tempoh yang amat lama malah boleh
diingat seumur hidup, bayangkan apakah persepsi terhadap subjek
sains dan matematik, asas kepada pencapaian teknologi, serta prestasi
mereka di dalam subjek-subjek tersebut, apabila mereka mengikuti
pengajian di sekolah menengah dan universiti nanti!
Dengan bayaran yang amat rendah dibanding dengan tenaga, commitment,
maintainance costs, overhead costs, kos iklan dsb yang dicurahkan,
serta dibanding dengan bayaran yang dikenakan bagi menyertai program-program
lain (kami sebenarnya tidak mempunyai saingan sama sekali kerana
program ini adalah satu-satunya program seumpamanya yang terdapat
di dunia - jangan terkeliru di antara bentuk program kami dengan
program-program motivasi,smart-learning, program kira cepat atau
sebagainya) serta hasil yang terjamin yang akan dinikmati oleh peserta-peserta
bengkel ini, pelaburan bagi menghantar anak/jagaan mengikuti program
ini adalah tidak ternilai sama sekali. Sepatutnya bayaran yang berkali
ganda lebih tinggi boleh dikenakan bagi mengikuti program ini. Ini
kami lakukan semata-mata bagi memenuhi visi dan matlamat perjuangan
kami iaitu membolehkan sebeberapa ramai ahli dari kalangan masyarakat
kita memiliki kemahiran yang tidak boleh dicari di mana-mana tempat
lain di dunia - malangnya tidak ramai yang dapat melihat kebenaran
hujah dan agenda yang kami bawa dan laksanakan sedangkan dengan
kemahiran ini, kita sepatutnya telah lama melahirkan masyarakat
yang paling maju di dunia di dalam matematik, sains dan teknologi.
Mudah-mudahan pada suatu masa nanti, dalam masa yang terdekat, agenda
dalam kaedah Mokhdar akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak-pihak
yang berkuasa agar setiap orang daripada anak watan mampu menikmati
hasil inovasi ini tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan melebihi
daripada perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menghantar anak-anak
bersekolah.