Tulisan tangan di atas adalah milik Abdul Hasyim
bin Hilmi, pelajar Tingkatan 5, Maahad Ahmadi di Gemenceh, Negeri
Sembilan. Ia berbunyi, "Nama adik saya Farah Hilmiyyah bt Hilmi.
Dalam keluarga kami adik saya merupakan adik-beradik yang paling
lemah matematik. Tetapi apabila dia mengikuti kursus kaedah
Mokhdar, dia berjaya melakukan matematik selama sebulan selepas
itu. Dia berjaya mendapat 'B" di dalam matematik di dalam PMR.
Dia juga telah mengajar saya kaedah ini di rumah tetapi saya
gagal membawa kaedah tersebut. Saya bersyukur setelah mengikuti
sendiri kursus itu dari Encik Mokhtar 4 April 2008 saya berjaya
memahaminya. Adik saya berlatih kaedah dengan membaca setiap
nombor plat kereta yang lalu bersebelahan kereta saya setiap
kali kami berjalan-jalan. Kini dia berada di Sekolah Teknik
... (tak dapat dibaca) ... Kuala Lumpur.
Tulisan tangan di atas adalah milik Cikgu Sawai
bin Abdullah, guru di Sekolah Kebangsaan Palong 5 (Felda). Beliau
menceritakan betapa setelah anak beliau ikuti program kaedah
Mokhdar di sekolah menengah dulu, anak beliau terus menggunakannya
dan mempunyai minda yang amat tajam dengan input-input matematik
dan sains. Anak beliau, Nurul Hidayah bt Sawai, seterusnya memperoleh
A1 untuk matematik dan B3 untuk Matematik Tambahan di dalam
peperiksaan SPM dan seterusnya melanjutkan pengajian ke universiti.
Anak Cikgu Sawai kini adalah seorang guru kimia, matematik dan
matematik tambahan di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim,
Johor Bharu.
Encik Cikgu Zahari Helmy bin Mohammad (25 tahun),
tuan punya tulisan tangan di atas, datang menemui saya pada
11hb April 2008, sejurus selepas sesi taklimat 'Menajamkan Minda
Matematik dan Sains menerusi Kaedah Mokhdar' kepada guru-guru
dan pelajar Sekolah Menengah Dato' Mansor, Bahau, yang dijalankan
dari 7.30 pagi ke 8.15 pagi. Beliau menceritakan kepada saya
betapa selepas ceramah pendedahan kaedah Mokhdar yang diadakan
di sekolah beliau pada tahun 1997 dahulu, beliau mempraktikkan
kaedah Mokhdar dan konsep kaedah Mokhdar dan akhirnya berjaya
melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia di dalam
jurusan Mechanical Engineering. Sebelum ini bertugas di sebuah
firma sebagai Jurutera Mekanikal, bagaimanapun buat sementara
ini beliau ingin beralih angin dengan bertugas sebagai guru
sementara di sekolah tersebut.