Apa Itu Kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar merupakan suatu kaedah pemendekan sukukata bahasa di dalam nombor. Kebiasaan jumlah sukukata yang terdapat di dalam sesuatu nombor tunggal ialah 2 hingga 3 sukukata. Sebagai contoh, nombor 9 memiliki 3 sukukata iaitu sem, bi dan lan. Jika dibuat perbandingan jumlah sukukata di dalam Bahasa Inggeris bagi nombor 9 yang disebut nine, hanya satu sukukata sahaja yang terlibat. Matlamat Kaedah Mokhdar adalah untuk mencapai satu sukukata sahaja bagi setiap nombor supaya masa yang digunakan untuk memproses nombor-nombor tersebut menjadi lebih pantas dan memudahkan pengurusan input-input berbentuk matematik di dalam pemikiran manusia. Selain itu Kaedah Mokhdar memberi nilai tambah kepada jumlah simpanan ingatan yang boleh dicapai oleh seseorang manusia terhadap sesuatu jumlah nombor.


NOMBOR

SEBUTAN

SUKUKATA

JUMLAH SUKUKATA

9

BAHASA MALAYSIA

SEM

BI

LAN

     

3

BAHASA INGGERIS

NINE

         

1

KAEDAH MOKHDAR

LAN

         

1

11

BAHASA MALAYSIA

SE

BE

LAS

     

3

BAHASA INGGERIS

E

LE

VEN

     

3

KAEDAH MOKHDAR

SE

         

1

36

BAHASA MALAYSIA

TI

GA

PU

LUH

E

NAM

6

BAHASA INGGERIS

THIR

TY

SIX

     

3

KAEDAH MOKHDAR

GAN

         

1


Jadual Perbandingan Jumlah Sukukata


Hasil dari proses pemendekan sukukata melalui Kaedah Mokhdar menghasilkan sebutan nombor yang bercerita bagi sesuatu jumlah nombor. Misalannya, nombor 586 jika disebut di dalam Kaedah Mokhdar berbunyi sebagai ‘makan’ atau ‘makna’. Jika diberi nombor yang lebih panjang lagi, sebagai contoh, 586 595 121684 81218 91540 berbunyi sebagai ‘makan malam dekat Kuala Lumpur’. Keadaan ini menghasilkan lonjakan kekuatan ingatan dan minda yang ceria dengan angka malah membasmi sebarang beban-beban yang berkaitan dengan input-input berbentuk matematik.