Testimoni MRSM Bentong

Setelah selesai memberi ceramah di MRSM Bentong pada malam pada 9hb Feb 2010, Aiman Saifullah bin Aini Azman (ting.5,) tampil bertemu Mokhtar dan menyatakan dia mengalami perubahan besar dalam kemampuankemampuan pembelajaran matematik. Diminta menulis pengalaman beliau, Aiman mencatat, “Selepas menjalani kursus kaedah Mokhdar selama lapan hari, banyak perubahan yang telah berlaku pada diri saya. Markah matematik saya sentiasa remarkable. Terima kasih Kaedah Mokhdar!”

Aiman seterusnya memperkenalkan seorang lagi rakan sekelasnya, Mohd.Ikram Adha bin Haris, yang juga pernah bertemu dengan Mokhtar sebelum ini. Ikram mencatat, “Alhamdulillah, ini merupakan kali kedua saya mengikuti seminar ini. Kali pertama kurang memberi kesan, mungkin kerana saya kurang memahami pembelajaran sewaktu seminar. Walau bagaimanapun saya telah membeli buku-buku Mokhdar. Selepas mengikut seminar Mokhdar pada kali kedua, I am inspired! InsyaAllah, saya akan praktikkan pembelajaran ini sekali lagi. Semoga bangsa Melayu maju dengan kaedah Mokhdar!

Perbualan dan peristiwa ini turut didengar dan disaksikan oleh Timbalan Pengetua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr.Hamzan Omar. Malah Dr.Hamzan memaklumkan kepada Mokhtar bahawa Aiman Saifullah merupakan antara sepuluh calon terbaik yang akan mendapat keputusan kelas pertama bagi SPM bagi tahun 2010 MRSM
Bentong.

 

Lonjakan mereka adalah serta-merta

Muiz (pelajar Tahun 2 tahun 2008,SRA Intergrasi Sek.19, Shah Alam, melonjak dari tempat ke 15 ke tempat pertama sebulan selepas hadiri bengkel intensif Mokhdar.

Fawwaz (Pelajar Tahun 2 tahun 2008, SK Sek.20, Shah Alam), melonjak dari kelas kelima terbaik ke kelas pertama terbaik dalam masa dua tahun (kedudukan terakhir : tempat ketiga dalam kelas kedua terbaik)

Tanpa Mokhdar tak dapat ijazah fizik kelas pertama

En.Yahya Wahi, pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) di dalam bidang Fizik, UTM Skudai. Mengajar matematik dan matematik tambahan di Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor sebaik tamat pengajian sejak 2002 (hingga kini). Pada tahun yang sama, di hadapan pengetus Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor, En. Abu Bakar (yang kemudiannya bertukar menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kerai, Kelantan), Yahya berkata, "Jika tidak kerana mengamalkan kaedah Mokhdar, beliau tidak akan mendaat ijazah kepujian kelas pertama di dalam bidang Fizik.

Lima anak berjaya cemerlang

"Dua orang anak saya telah mendapat straight 8As dalam PMR, adik mereka, dua orang mendapat straight 5As dan seorang lagi mendapat 4A 1B (B untuk Bahasa Inggeris). Sebagai ibu, saya tahu bahawa mereka terus menggunakan kaedah ini sejak mengikuti bengkel intensif Kaedah Mokhdar pada tahun 1998 dulu dan inilah antara rahsia kejayaan mereka", demikian kata Puan Noryati, pegawai kanan KEDA (Kedah Development Authority) kepada rakan-rakan beliau sewaktu Mokhtar dijemput memberi ceramah kepada pegawai dan kakitangan ibu pejabat KEDA di Alor Setar pada awal tahun 2006. Suami Puan Noryati ialah Pengetua Sekolah Menengah Teknik Pendang.

Dari paling lemah Matematik jadi pensyarah Matematik dan Statistik

Alor Gajah - 3hb Nov 2007. Pensyarah Matematik dan Statistik di Kolej Risda Melaka di Air Paabas di sini, Puan Norida bt Abdul Aziz, telah berubah daripada seorang yang amat lemah dalam subjek matematik menjadi pelajar paling cemerlang di dalam subjek tersebut setelah mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar di sekolah beliau, SMK Lui Barat, Serting, pada awal 1997. Menceritakan lebih lanjut, beliau mendapat gred D bagi subjek matematik di dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Dengan bimbingan guru matematik yang berdedikasi dan kreatif semasa di tingkatan 4, prestasi beliau meningkat ke gred C3. Bagaimanapun prestasi beliau benar-benar melonjak sejak mengikuti bengkel Kaedah Mokhdar dan terus menggunakan kaedah tersebut sehingga beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMK Lui Barat bagi tahun 1997. Beliau bertukar ke aliran sains ketika mengikuti pengajian di matrikulasi dan seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang statistik di Universiti Putra Malaysia di Serdang dan menamatkan pengajian beliau dengan cemerlang dan mendapat Ijazah Kepujian Kelas Dua Tinggi di dalam bidang statistik dengan CGPA 3.203. Kini beliau menggalakkan semua pelajar beliau supaya mengamalkan kaedah Mokhdar dan berharap agar Kerajaan segera melaksanakan kaedah yang amat berkesan ini di dalam melonjakkan prestasi pelajar bukan sahaja di dalam subjek matematik tetapi juga semua subjek lain.

Anugerah kecemerlangan peringkat kebangsaan

Penerima anugerah ‘Tokoh Kepimpinan Murid Asrama Kebangsaan (Naib-Johan)’ dalam ‘Majlis Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009’ (Sabtu 25hb Julai 2009) Siti Fatimah bt Md.Zain, anak pasangan guru suami isteri di SMK Slim River (ayah Siti ialah Penolong Kanan HEM manakala ibu Siti ialah Guru Kanan Bahasa) ikuti Bengkel Intensif 8 Hari Kaedah Mokhdar yang dijalankan di Slim River pada 2004. Sejak itu, menurut kedua ibu bapa Siti Fatimah, lonjakan kemampuan Siti Fatimah dan abangnya melonjak ketara. Jika berkereta bersama, nombor-nombor kereta yang terlintas di hadapan menjadi bahan kreativiti matematik dan ada kalanya menjadi bahan ketawa (dalam Mokhdar, ungkapan mathematical bukan sahaja amat padat & mudah pantas diurus tetapi juga amat ceria malah lucu serta disenangi oleh minda dan disimpan dalam kotak memori untuk jangka masa yang lama, serta dapat diakses pada kelajuan yang amat pantas). Menurut ibu Fatimah,beliau mendapati kreativiti itulah,di samping ketangkasan mengira dan mencongak yang dimiliki kerana mempraktikkan Mokhdar, yang telah melonjakkan kemampuan minda mereka sehinggakan, walaupun amat aktif di dalam kegiatan sukan dan ko-kurikulum, Fatimah tetap mencatat keputusan cemerlang bagi setiap subjek yang diambil. (Fatimah telah menerima pelbagai anugerah di peringkat sekolah, daerah dan negeri dan pernah duduki tempat ketiga kejuaraan badminton bawah 12 tahun negeri Perak). Pada Sabtu 25hb Julai 2009, Fatimah ke Kuala Lumpur ditemani kedua ibu bapanya dan menerima anugerah ‘Naib-Johan Tokoh Kepimpinan Murid Asrama Peringkat Kebangsaan pada Majlis Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009’.

Mampu fahami subjek Matematik sekolah menengah

Balqis, 6 tahun, dari Tasik Puteri, Rawang.Tanya apa sahaja darab asas seperti 13×19,dia pasti jawab lancar dalam BM/ English, selepas 8 hari sertai bengkel Mokhdar. Tak lama lepas itu Balqis mampu pula mencongak bagi darab 2 digit didarab 1 digit (Kini Balqis berusia 7 tahun dan belajar di Tahun 1 SKTP.) Terbaru : Balqis cuba diajar menyelesaikan masalah fact & figure bagi subjek-subjek algebra, pecahan algebra, trigonometri (sain, kosain & tangen) dan functions. Balqis mampu memahami & menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Anak rakan dari lemah Matematik jadi juruterbang

Semasa Bengkel Intensif 8 Hari Kaedah Mokhdar diadakan di Alor Setar, Kedah pada awal tahun 2006, Puan Norbaiti yang telah berusia 52 tahun, di samping mendaftarkan anak beliau, turut mendaftarkan dirinya sendiri untuk mengikuti program tersebut (beliau terpaksa mengambil cuti seminggu untuk tujuan berkenaan). Ketika ditanya apakah yang mendorong beliau untuk turut sama mengikuti bengkel ini, kakitangan di Jabatan Akauntan Negara cawangan Alor Setar ini dengan penuh bersemangat memberitahu, "Anak rakan sepejabat Kak Long dulu mengalami lonjakan prestasi yang amat hebat , dari lemah matematik jadi amat cekap dengan subjek tersebut. Kini anak rakan Kak Long itu adalah bakal pilot di Institur Penerbangan TUDM di Alor Setar. Sebab itu Kak Long sanggup bercuti enam hari untuk ikuti bengkel ini bersama anak Kak Long agar Kak Long dapat membantu anak tunggal Kak Long ini agar benar-benar menjadi seorang yang amat genius dan berjaya cemerlang di dalam pelajaran dan di dalam hidupnya. Tolong ambil gambar Kak Long dan tulis apa yang Kak Long kata ini kerana Kak Long mahu semua anak bangsa kita sedar bahawa kaedah ini akan membawa perubahan besar di dalam hidup mereka, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk seluruh bangsa Melayu."

Nombor 33 ke nombor 1 dalam 2 bulan!

Rabiatul - melonjak dari tempat ke 33 ke tempat pertama dalam kelas dua bulan selepas pulang dari kem lapan hari kaedah Mokhdar (Pelajar Tahun Tiga 2008 SRA Intergrasi Keramat). Menurut ibu Rabiatul, yang bekerja sebagai Pengurus Perhubungan Awam Hospital PUSRAWI di Kuala Lumpur, semasa menerima buku laporan kemajuan, buku laporan kemajuan Rabiatul disimpan oleh gurunya sehinggalah semua murid-murid lain telah mendapat buku laporan masing-masing. Kemudian guru itu bertanya sama ada ada sesiapa yang masih belum menerima buku laporannya. Rabiatul mengangkat tangan dan dipanggil ke hadapan. Disangkanya guru itu mahu memarahinya, sebaliknya guru itu berkata, “Inilah orangnya yang mesti kamu contohi jika kamu mahu berjaya. Rabiatul telah berusaha keras sehingga membolehkan dia melonjak daripada 25% dalam kertas matematik menjadi 100%! Untuk makluman kamu juga, Rabiatul juga telah melonjak dari tempat 33 ke tempat pertama dalam kelas!!”

4 tahun kuasai darab dalam 4 hari!

Muhammad Zuhayr bin Ismail, kini 4½ tahun (Julai 2009). Ibu Zuhayr, Puan Rodzilah adalah seorang guru di SMK Sungai Choh, Rawang. Oleh kerana keseorangan di rumah, turut duduk bersama ibu dan kakak-kakaknya (5 & 6 tahun) ikuti program bengkel intensif 8 hari kaedah Mokhdar di Pusat Latihan Kaedah Mokhdar di Country Homes, Rawang (ada masa menyertai kelas ibunya dan ada masa menyertai kelas kakaknya). Oleh kerana terikat dengan tugas, Puan Rodzilah dan keluarganya tidak menyertai program ini secara berterusan selama lapan hari, sebaliknya hadir empat hari pertama minggu pertama dan hadir empat hari kedua pada minggu kedua (minggu kedua untuk batch peserta yang lain. Kakak-kakaknya telah menguasai fakta asas matematik (darab) dengan begitu lancar dan mengkagumkan semua hadirin. Tetapi semua hadirin malah Mokhtar sendiri lebih terkejut bila mendapati yang Zuhayr juga telah menguasai fakta asas tersebut malah sama lancar dengan kakak-kakaknya. Ditanya, ‘nine times nine’, terus dijawab ‘eighty-one’. Kini bukan sahaja memiliki ingatan yang amat kuat dibanding kanak-kanak sebaya, tetapi juga mampu mencongak dua digit didarab satu digit, walaupun masih lagi mengambil masa yang agak lama. Muhammad Zuhayr bin Ismail, kini 4½ tahun

En.Abu Zar b. Ahmad Zubir

En.Abu Zar b. Ahmad Zubir, 19 tahun, yang telah mengikuti program Mokhdar atas pembiayaan keluarga dari 22-24hb Januari & sambung pada 18hb hingga 22hb Mach 2009.(Guru sementara di Sek. KAFA As-Syakirin, Cheras), “Selepas pulang dari ikuti kursus kaedah Mokhdar, saya balik ke sekolah dan mencubanya ke atas murid-murid saya. Saya terkejut besar kerana terdapat ramai murid-murid yang selama ini tampak lemah sehinggakan darab dua dan darab tiga pun sukar dikuasai, setelah saya bimbing dalam beberapa sesi sahaja telah kuasai pantas darab sifar hingga sembilan belas! Tak hairanlah ramai pelajar yang sebelumnya kononnya lemah matematik dan sains telah bertukar menjadi pelajar-pelajar pintar sehingga akhirnya telah menjadi pilot, akauntan, jurutera, majistret, pensyarah matematik, pelajar terbaik sekolah, negeri dan kebangsaan dsb.

Pn.Norehan Abd.Manaf

Pn.Norehan Abd.Manaf,pensyarah IT di UiTM Sham Alam, bersama Ahmad Hasif b. Shukeri (anak) yang sertai bengkel susulan setelah sertai bengkel pertama pada Mach lepas. Menurut beliau, minat dan kemampuan Hasif dalam subjek matematik dan semua subjek meningkat ketara selepas ikuti Kem Lapan Hari Bengkel Intensif Mokhdar pada Mach 2009.

En.Zahid Isnin

Tiga anak En.Zahid Isnin, jurutera Syarikat Telekom Malaysia Bhd di Johor Bharu ini telah sertai Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar di JB dari 23hb ingga 20hb Dis 2007. Semua anak-anak beliau, Muhammad Zaki, 8 tahun, Nurul Hayati, 9 tahun dan Muhammad Asri, 6 tahun, menguasai dengan cekap akan fakta matematik asas iaitu jadual darab sifar hingga 11. Bagaimanapun yang menariknya ialah, Muhammad Asri iaitu yang termuda daripada mereka memiliki kecekapan yang jauh mengatasi abang dan kakaknya.

Nur Fariqah bt Mohd. Akhbar

Nur Fariqah bt Mohd. Akhbar, anak seorang pensyarah UIA dan pelajar Ting. 3 SMA Muhammadiah, Sabak Bernam. Farikha ikuti program kem lapan hari kaedah Mokhdar pada Disember 2009. Beliau mencatat lonjakan 95% dalam subjek matematik dalam peperiksaan yang dijalani di sekolah dua bulan selepas hadiri kem Mokhdar pada Disember tahun lepas (dalam peperiksaan sebelumnya beliau hanya mendapat 60%). Lonjakan ketara juga berlaku dalam subjek sains dan subjek-subjek lain.

Puan Salmah bt Mohd.Aziz

Puan Salmah bt Mohd.Aziz, bekas pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka (Peserta kem Mokhdar dari 15-22 Mach 2009. ) “... saya ada bersama di kantin pada masa itu, jam 12.00 tengah hari, Rabu 18hb Mach 2009. Pegawai dari UPSI Holdings Sdn Bhd (syarikat milik UPSI Tanjung Malim) berkata kepada Nur Farikha (lih.catatan di bawah), ‘Betul‘ke ‘ni, hanya selepas dua bulan ikuti program ini telah catat lonjakan markah matematik dari 60% jadi 96%?’. Saya kata kepada mereka, ”You better believe it.” Saya berkata demikian kerana saya sendiri pernah hantar anak-anak saya ikuti program ini beberapa tahun lepas dan mereka mencatat lonjakan yang amat ketara. Kini saya sendiri ikuti program ini bersama anak-anak untuk memangkin perkembangan mereka agar mencapai kejayaan paling cemerlang dalam pelajaran dan juga dalam hidup. Malah saya dapati program ini juga amat berfaedah untuk saya sendiri.”.

Nur Nadziera bt Mazlan

Nur Nadziera bt Mazlan akan menduduki peperiksaan SPM pada 2008. Beliau mengikuti bengkel intensif Kaedah Mokhdar semasa dijalankan di Tampoi Utama semasa beliau di Tahun Lima sekolah kebangsaan. Masa itu beliau adalah antara pelajar yang lemah di dalam matematik. Bagaimanapun dalam peperiksaan UPSR pada tahun berikutnya, beliau mendapat kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dan ditawarkan ke Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bharu. Dalam peperiksaan PMR beliau mendapat straight 8As dan menerima hadiah penghargaan dari Koperasi Mahasiswa Johor. Walaupun telah mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar beberapa tahun lepas, beliau mengikutinya sekali lagi dan kali ini dengan tujuan untuk mendapatkan latihan khusus untuk berlatih menukar (convert) segala input dalam subjek-subjek zik, biologi dan kimia menurut sebutan Mokhdar dengan cara yang lebih spontan agar beliau dapat memiliki saiz memori yang besar bagi subjek-subjek tersebut tanpa perlu berhempas pulas menghafalnya agar masanya dapat ditumpulkan kepada perkara lain yang lebih penting khususnya memahami segala yang dipelajari di samping menguruskan mas dengan jauh lebih baik dan berkesan serta menghasilkan ketenangan diri. "Saya percaya yang ia bukan suatu kebetulan bila adik Nur Nadziera, Mohd. Arif Azfar, yang tidak mengikuti program ini dulu hanya endapat 4A 1B dalam UPSR (B bagi kerta Sains)," kata Puan Norchahaya bt Mohd Don, seorang penjawat awam di JPA3, Johor Bharu. Atas sebab itu, beliau mendaftarkan semua anaknya mengikuti program ini yang telah diadakan dari 18hb hingga 25hb November 2007, walaupun terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan tersebut. "Peluang untuk mengikuti program En.Mokhtar ini bukannya boleh dapat selalu. Itupun nasib saya baik kerana terbaca iklan yang diedar," sambung beliau seterusnya.